Shafee dedah surat dari Istana Pahang, Titah Adendum wujud
Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini membacakan surat daripada bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengesahkan kewujudan perintah tahanan dalam rumah bagi Datuk Seri Najib Razak.
Muhammad Shafee memaklumkan, surat tersebut ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Sultan Pahang dan dihantar kepada anak Najib, Datuk Mohd. Nizar.
Menurutnya Mohd Nizar telah dihubungi Istana Pahang pada 2 Disember lalu, memaklumkan mengenai perintah itu.
Antara isi surat itu berbunyi “Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Sultan Pahang dengan ini memperakukan bahawa titah adendum termaksud adalah wujud dan sahih.”
Surat itu dibacakan pada prosiding permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu berkenaan titah tambahan itu.
BACA JUGA Sanusi anggap himpunan Najib ‘peluang terhidang’ seperti tangkap ikan depan mata
BACA JUGA UMNO pun tak pergi, Bersatu tegur ahli tak perlu ‘beria’ turun berhimpun
BACA JUGA Berhimpun untuk raikan dia memalukan Melayu, kata anak penasihat SG4