Tindakan terhadap peserta himpunan solidariti Najib? Putrajaya tidak akan masuk campur
Kerajaan tidak akan masuk campur untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang menyertai himpunan solidariti Najib pagi ini di hadapan Istana Kehakiman pagi ini.
Sebaliknya perkara ini akan ditentukan oleh pihak berkuasa, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
“Istana Negara telahpun mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini. Ketua Polis Negara juga telah mengeluarkan kenyataan.
“Apa sahaja tindakan, ia bergantung kepada pihak berkuasa,” kata Fahmi.
Pagi ini ahli politik Pas, Bersatu dan Umno berhimpun berhampiran Istana Kehakiman meskipun sekatan jalan dibuat dan amaran serta kehadiran anggota polis yang tinggi.
Dalam perkembangan berkaitan pihak polis telah mengesahkan kertas siasatan berhubung himpunan solidariti Najib telah dibuka.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya akan memanggil berapa individu untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Dianggarkan lebih 900 individu yang hadir dan keadaan Masih terkawal tanpa sebarang provokasi,” katanya.
BACA JUGA: Penjara tak terima titah addendum berkaitan Najib, kata Saifuddin