AMK seru rakan Kerajaan Perpaduan jangan terperdaya permainan PN
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyeru rakan-rakan dalam Kerajaan MADANI, khususnya dari Barisan Nasional (BN) untuk tidak terperdaya dengan sentimen politik yang cuba dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).
Ketua Penerangannya, Nabil Halimi mengingatkan bahawa beberapa pemimpin PN yang sebelum ini lantang menyuarakan isu 1MDB, seperti Saifuddin Abdullah dan Wan Ahmad Faysal, kini mengambil pendekatan bertentangan.
“Perubahan pendirian ini menimbulkan persoalan tentang keikhlasan mereka dan motif di sebaliknya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, Nabil menegaskan bahawa kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam Kerajaan MADANI telah membuahkan hasil yang banyak.
“Ia termasuk peningkatan pelaburan, inflasi yang terkawal, dan pengiktirafan positif terhadap Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Usaha bersama ini perlu diteruskan tanpa digugat oleh permainan sentimen atau taktik politik yang bertujuan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.
“Jangan biarkan permainan sentimen seumpama ini memecah-belahkan perpaduan yang telah kita bina demi kesejahteraan negara,” kata Nabil lagi.
BACA JUGA Adendum dan semakan kehakiman: Apa perlu anda tahu?
Â