Comelnya! Apa sebenarnya maksud beruang matahari pada poster Visit Malaysia 2026?

Poster Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 mendapat sambutan ramai yang rata-rata berpuas hati dengan pemilihan grafik serta ikon untuk tahun melawat Malaysia.

Pada kempen cuti-cuti Malaysia kali ini, beruang matahari diketengahkan sebagai ikon dan maskot rasmi.

Namun apa sebenarnya maksud beruang matahari itu?

Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB),semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.

BACA JUGA Patutlah awal tahun pun tak nampak minyak masak paket

Â