Minit mesyuarat usaha Pas, Bersatu nak jatuhkan Najib tular kembali

Tular kembali minit mesyuarat usaha Pas dan Bersatu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak yang mulanya dikongsi di media sosial bekas Perdana Menteri berkenaan pada 25 November 2022.

Minit mesyuarat bertajuk ‘Laporan Political Engagement Pas Pusat’ yang digelar “Pas Leaks” tersebut disifatkan Najib ketika itu sebagai permainan keji.

“Betapa keji permainan mereka. Sanggup salah gunakan kuasa bagi mencapai matlamat.
Tiada sebarang penafian dari sesiapa sejak itu,” kata Najib hampir tiga tahun lalu.

Dalam masa sama, Najib yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyenaraikan lapan nama pemimpin Umno, Pas dan Bersatu yang perlu tampil memberi penjelasan atau membuat laporan polis.

Mereka adalah Ahmad Samsuri Mokhtar, Tun Dr Mahathir Mohamad, Takiyuddin Hassan, Hishammuddin Hussein, Tajuddin Abdul Rahman, Azmin Ali, Ismail Sabri dan Hamzah Zainudin.

Penularan kembali minit mesyuarat itu susulan tindakan Pas mendalangi himpunan solidariti Najib di pekarangan Istana Kehakiman semalam.

Himpunan itu juga dihadiri beberapa pemimpin Bersatu, antaranya Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin; naib presidennya, Ronald Kiandee; dan dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu iaitu Saifuddin Abdullah dan Wah Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

BACA JUGA AMK seru rakan Kerajaan Perpaduan jangan terperdaya permainan PN

Â