MP Bersatu dikecam putar selagi boleh isu solidariti Najib
Pemimpin Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dihujani kecaman orang ramai dan dianggap bersikap putar selagi boleh isu himpunan solidariti Najib Razak.
Menerusi platform X, Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kehadiran pemimpin PN dalam himpunan itu semalam tidak bermakna akan menukar pendirian berkait skandal 1MDB.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkenaan dilapor berkata, himpunan di Istana Kehakiman itu tiada kaitan dengan Najib sebagai ahli politik Umno, tetapi lebih kepada nasibnya dan usaha menuntut kerajaan bertanggungjawab atas ‘ketidakjujuran’ dalam menguruskan kes tersebut.
Rata-rata mengkritik pendirian PN termasuk berpendapat blok pembangkang sebagai “spesies biawak makan keliling”.
Kenyataan Wan Fayhsal pada 2019 berhubung kes Najib juga ‘dibongkar’ kembali oleh netizen.
“Wow so many idiots who still support Najib dan 1MDB,” kata Wan Fayhsal enam tahun lalu.
Ramai turut menganggap pembangkang sengaja tunggang isu titah adendum berhubung kes Najib sebagai helah untuk memporak-perandakan parti komponen Kerajaan Perpaduan.
“… jadi tunggang ni nak main sentimen saja lah, nak pecahkn UMNO untuk PRU16 kan,” tempelak pemilik akaun X, @gibaok25.
“Masalahnya hukuman yang berjalan itu adalah dari jenayah 1MDB… kuat putar tok wokil ni,” kata @AwatifWardina.
“Bukan sahaja rakyat pening dengan pendirian PN, iblis dan syaitan pun dah tak tahu apa nak buat dengan mereka ni,” perli @Drxx1728238.
Semalam di Putrajaya, pemimpin PN terutama Pas dilihat memberi sokongan besar dalam himpunan solidariti bersama Najib.
Kehadiran pemimpin PN itu dicemuh banyak pihak kerana dianggap sudah berubah pendirian serta tergamak menggadaikan prinsip demi meraih keuntungan politik.
Sebelum ini, pembangkang menuduh Najib sebagai kleptokrat dan korup sebaliknya semasa era pentadbiran kerajaan MADANI, pembangkang pula menggambarkan Najib sebagai mangsa ketidakadilan.
BACA JUGA AMK seru rakan Kerajaan Perpaduan jangan terperdaya permainan PN