Apa status lesen operasi META?
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengendali Facebook, Instagram dan WhatsApp, Meta Platforms Inc (META) dijangka menerima lesen untuk beroperasi di negara ini dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, META telah menghantar beberapa dokumen diperlukan untuk membuat pengesahan seperti ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Setakat jam 5 petang semalam, WeChat, TikTok dan Telegram sudah mendapat lesen (untuk beroperasi di Malaysia) manakala META tidak lama lagi dan saya jangka proses terbabit berjalan dengan tertib serta lancar.
“Lagi dua (platform) iaitu Google yang mengusahakan YouTube dan X masih dalam perbincangan dengan pihak MCMC,” katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.
BACA JUGA RM50 bilion boleh bayar gaji guru Pasti 278 tahun, ini sebabnya kenapa jijik ‘lebai’ masih nak bela