RM50 bilion boleh bayar gaji guru Pasti 278 tahun, ini sebabnya kenapa jijik ‘lebai’ masih nak bela
Oleh INJANG
Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah meninggalkan beban pada negara dengan lebih dari RM50 bilion untuk bayar hutang, interest dan kos-kos lain yang berkaitan.
Jom kita lihat secara anggaran, bagaimana kalau jumlah RM50 bilion digunakan untuk memperbaiki hidup umat Islam di Malaysia.
RM50 bilion itu punyalah banyak sampaikan kalau kita guna untuk bayar gaji semua guru PASTI seluruh negara.
Jumlah sebanyak itu boleh bayar gaji mereka selama 278 tahun dengan kadar gaji RM1,500 sebulan. (Kadar gaji semasa guru-guru PASTI adalah dalam lingkungan RM400-600 sebulan, ada lebih kurang 10,000 guru)
RM50 bilion ni juga boleh bina:
20,000 masjid/surau di kawasan kampung/terpencil (RM2.5 juta/masjid)
atau
5,000 masjid di kawasan bandar (RM10 juta/masjid)
atau
500 ke 1,000 masjid ikonik ala-ala Masjid Ubudiah, Masjid Putra, Masjid Zahir, Masjid Sri Sendayan dan lain-lain (RM50 juta/masjid)
RM50 bilion mampu taja sejuta hingga 1.6 juta orang untuk menunaikan haji secara PERCUMA dengan kadar RM30,000 hingga RM50,000 seorang.
Tapi sebab 1MDB, duitnya lebur untuk perkara-perkara haram dan tidak berfaedah macam arak, parti, filem lucah dan hadiah mewah untuk selebriti-selebriti kafir.
RM50 bilion juga boleh tambah 5,000 tahfiz di seluruh negara dengan kos RM10 juta/tahfiz (semasa ada 1,400-1,600 tahfiz)
atau
Bangunkan 50-100 universiti Islam dengan kos RM500 juta-RM1 bilion/universiti (semasa ada 5 hingga 8 universiti/institut Islam)
atau
25,000 madrasah dengan kos RM2 juta/madrasah
Kalau RM50 bilion ini dibelanja sebagai agihan zakat pula, ianya boleh menampung agihan zakat seluruh negara selama 15 tahun atau lebih jika mengikut kadar agihan zakat lebih kurang RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setahun.
Berapa banyak pusat Islam/ pusat dakwah boleh dibina dengan RM50 bilion?
Boleh bina 10,000 pusat Islam/dakwah dengan kos RM5 juta setiap satu untuk tujuan dakwah, pendidikan dan aktiviti komuniti.
Kalau guna RM50 bilion untuk projek wakaf, mampu buat apa?
Bina 500,000 buah rumah wakaf dengan kos RM100,000/rumah. Bermakna boleh bantu tempatkan 500,000 keluarga. Situasi semasa, ada lebih kurang 1 hingga 2 juta keluarga masih belum ada rumah sendiri.
Boleh wujudkan 100 ladang wakaf (RM100 juta/ladang) untuk menyumbang terhadap keterjaminan makanan bukan sahaja umat Islam malah seluruh rakyat negara ini.
Boleh bagi dana untuk 5,000 perniagaan kecil berasaskan wakaf untuk memperkukuh ekonomi Islam.
Dengan RM50 bilion juga kita boleh biaya 1 juta pelajar Muslim dengan biasiswa RM50,000/pelajar. Banyak weiii!
Atau bagi bantuan untuk tampung kelas tambahan/tuisyen bagi pelajar-pelajar Muslim untuk pelbagai subjek.
Kalau kita guna RM50 bilion untuk bantu biaya startup usahawan Muslim, boleh biaya sejuta usahawan dengan suntikan modal sebanyak RM50,000/usahawan.
Atau boleh jadikan pembiayaan mikro, beri pinjaman tanpa interest.
Dengan RM50 bilion boleh bagi 5 juta pembiayaan mikro sebanyak RM10,000 untuk perniagaan kecil
atau
500,000 pembiayaan mikro sebanyak RM100,000 untuk perniagaan sederhana.
Kalau kata harga al-Quran senaskhah RM50, dengan RM50 bilion, boleh beli 1 bilion naskhah al-Quran.
RM50 bilion juga boleh bantu menyara semua anak yatim di Malaysia selama 130 hingga 260 tahun!
Selain itu, boleh juga bina:
- 2,500 perpustakaan Islam (RM20j/perpustakaan) atau
- 2,500 muzium Islam (RM20j/muzium) atau
- 10,000 kemudahan tapak perkuburan Islam lengkap dengan penjagaan dan penyelenggaraan (RM5 juta/tapak perkuburan)
Boleh juga:
-bangunkan media dan aplikasi khas untuk kemudahan pengguna Islam dan pengisian Islamik.
-perbanyakkan program latihan pekerjaan
-perkukuhkan industri halal dan pelancongan halal untuk menarik minat pelancong Muslim dari dalam dan luar negara.
Begitulah gambaran betapa banyaknya jumlah RM50 bilion yang boleh digunakan untuk kesejahteraan dan kemajuan umat Islam di negara ini.
Namun, terbazir begitu saja disebabkan bangangnya seorang Najib. Itu pun lebai-lebai masih tergamak nak bela dan perjuangkan. Jijik dan pathetic.
BACA JUGA AMK seru rakan Kerajaan Perpaduan jangan terperdaya permainan PN
Â