Kecoh lagi isu MAHB, habis terbongkar makian Wan Fayhsal dulu
Ahli Parlimen Machang yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kecoh lagi isu Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).
Menerusi kenyataan malam ini, wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) berkenaan mendakwa lanjutan tawaran pengambilalihan saham MAHB oleh Khazanah dan Blackrock mencerminkan kegagalan rancangan kerajaan untuk menswastakan dan menyahsenarai MAHB dari Bursa Malaysia.
Meninjau di ruangan komentar di akaun X pemimpin pembangkang itu, rata-rata menyindir termasuk berkongsikan tangkap layar makian Wan Fayhsal berkenaan Najib Razak pada 2019.
“Yang bengap lagi bebal bila Najib samun duit pencen rakyat tapi ada golongan bodoh pertahankan,” tempelak Wan Fayhsal pada 11 Mei 2019.
Sekali lagi di X atau Twitter ketika itu pada 22 Mei 2019, Wan Fayhsal mencerca, “Wow so many idiots who still support Najib and 1MDB“.
Sindiran orang ramai itu susulan kehadiran Wan Fayhsal bersama pemimpin Bersatu dan Pas semasa himpunan solidariti Najib Razak di Istana Kehakiman, 6 Januari lalu.
Selain Wan Fayhsal, antara pemimpin Bersatu yang hadir dalam himpunan itu adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden, Datuk Seri Ronald Kiandee; dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
BACA JUGA Kecoh Titah Adendum: Serangan politik pembangkang