Kecoh Titah Adendum: Serangan politik pembangkang

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, berpendapat polemik berkaitan Titah Adendum disifatkan sebagai serangan serangan politik pembangkang.

Beliau berkata, titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.

“Kalau kita lihat kesimpulan selepas daripada keputusan itu, yang berlaku sekarang adalah serangan serangan politik, misalnya minta perdana menteri letak jawatan.

“Misalnya pihak berkenaan menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong menyorok dan sebagainya.

“Namun, bagi saya itu serangan serangan politik yang tidak berasaskan kepada fakta-fakta yang dipegang kerajaan kepada keputusan mahkamah.

“Keputusan Mahkamah Tinggi pada peringkat awal menyatakan ia ‘hearsay’ (khabar angin),” ujarnya, dipetik BH.

Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) di Balai Berita Bangsar, hari ini.

BACA JUGA RM50 bilion boleh bayar gaji guru Pasti 278 tahun, ini sebabnya kenapa jijik ‘lebai’ masih nak bela

Â