PM lancar Kiosk Sentuhan MADANI pertama esok

Perdana Menteri dijadual melancarkan dan meninjau penyediaan perkhidmatan Kiosk Sentuhan MADANI yang pertama di pusat beli-belah Alamanda, di Putrajaya petang esok.

Lebih 90 perkhidmatan kerajaan disediakan melalui enam kios agensi dan syarikat yang merupakan inisiatif terbaharu untuk memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

Ketua Pengarah Unit Pantau MADANI Pejabat Perdana Menteri, Mohd Khalid Mohamed Latiff, berkata kios berkenaan melibatkan kios Jabatan Pengangkutan Jalan, Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan MyDigital ID.

“Idea di sebalik inisiatif ini adalah untuk mengumpulkan kios agensi kerajaan dan syarikat swasta di satu tempat yang memudahkan akses kepada rakyat.

“Penyediaan kios ini merupakan satu inisiatif di bawah Belanjawan 2025 yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu ia dilaksanakan secara cepat dan berkesan,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, Ikhtiar Kiosk Sentuhan MADANI dilaksanakan dengan menghimpun pelbagai kios perkhidmatan kerajaan di 38 kawasan tumpuan seperti di pusat beli-belah supaya rakyat boleh berurusan dengan kerajaan di luar waktu pejabat.

BACA JUGA RM50 bilion boleh bayar gaji guru Pasti 278 tahun, ini sebabnya kenapa jijik ‘lebai’ masih nak bela

Â