Kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 bocor? Ini pengesahan Kementerian Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan bahawa tiada kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024 tidak bocor ekoran tularnya tangkap layer di laman media sosial.
KPM turut menjelaskan bahawa tangkap layar yang tular merupakan tajuk ramalan.
“KPM mendapati bahawa dakwaan tersebut adalah tidak berasas.
“Tangkap layar yang ditularkan hanya mengandungi senarai tajuk dalam buku teks Sejarah yang dijadikan ramalan.
“Tiada sebarang soalan dalam kertas peperiksaan Sejarah Kertas 1 dan 2 SPM 2024 dipaparkan dalam mana-mana sebaran dan tangkap layer yang ditularkan.
“Justeru, dakwaan ini tidak menepati definisi kebocoran yang ditetapkan mengikut prosedur pengurusan dan pengendalian kes kebocoran kertas peperiksaan serta kawalan keselamatan Lembaga Peperiksaan, KPM.
BACA JUGA: Kerajaan manfaat kedudukan strategik Malaysia, fokus jadi hab global 2025
Â