Jualan Starbucks makin memulih, rakyat Malaysia dah tak boikot lagi?
Prestasi Starbucks Malaysia kini semakin memulih, dengan jualan minuman dari rangkaian kopi terkenal itu menyaksikan peningkatan ketika ini.
Dengan peningkatan jualan, masalah boikot dihadapi cawangan itu juga semakin berkurangan.
Pengasas Berjaya Group, Tan Sri incent Tan berkata ia didorong oleh perkembangan pengguna yang lebih realistik dan baru sedar bahawa syarikat itu tiada kaitan dengan konflik Israel-Palestin.
“Orang ramai menjadi lebih realistik. Kami tidak boleh berbuat apa-apa tentang apa yang Israel lakukan, atau apa yang berlaku di Gaza.
“Orang ramai sedar (Starbucks Malaysia) tidak mencederakan sesiapa. Jika anda memboikot Starbucks, apakah kesannya kepada Israel? Amerika Syarikat (AS) akan menghantar lebih banyak wang kepada mereka,” katanya menurut laporan FMT hari ini.
Melangkah ke hadapan, taikun itu berkata, Starbucks Malaysia akan menumpukan kepada usaha menyatukan perniagaannya dan mengalu-alukan pelanggan kembali ke premisnya.
Berjaya Food Bhd (BFood) menghadapi cabaran besar susulan gerakan boikot terhadap Starbucks Malaysia, tercetus akibat konflik Israel-Palestin yang memberi kesan kepada operasinya, memandangkan jenama itu pernah menyumbang 90% daripada pendapatan kumpulan.
Pada Ogos 2023, syarikat itu dilaporkan menutup tiga cawangan Starbucks secara kekal dan menggantung sementara operasi di 25 kedai berprestasi rendah akibat boikot.
BACA JUGA Tular video promosi Tahun Melawat Kota Bharu 2024, mana imej masjid?