3 selebriti Hollywood kehilangan rumah dalam kebakaran Los Angeles, nombor tiga paling mengejutkan

Kebakaran hutan yang memusnahkan seluruh Los Angeles iaitu bandar tersibuk di Amerika Syarikat turut memusnahkan beribu-ribu struktur bangunan dan rumah termasuklah kediaman bintang Hollywood.

Berikut adalah tiga selebriti terkenal yang terjejas akibat kebakaran minggu ini:

1) Paris Hilton

Pewaris hotel Paris Hilton, 43, kehilangan kediamannya di tepi laut Malibu yang bernilai RM39 juta. (1 AS Dolar = RM4.5).

Dia membeli rumah mewah itu pada 2018 pada harga AS$8.7 juta dan ianya hangus sepenuhnya dalam kebakaran berlaku kelmarin.

Dia memiliki beberapa hartanah di ibu kota dunia hiburan itu tetapi rumah agamnya adalah yang paling mahal.

2) Heidi Montag dan Spencer Pratt

Pasangan Heidi Montag dan Spencer Pratt yang terkenal melalui rancangan “The Hills” turut kehilangan rumah mereka yang terletak di Pacific Palisades, California dalam kebakaran tersebut.

Mereka kehilangan rumah bernilai $2.5 juta (RM11.25 juta). Pasangan itu bersama dua anaknya sempat menyelamatkan diri ketika tragedi itu berlaku.

Spencer menyatakan perasaan kecewanya di mana kehilangan rumah adalah satu perasaan terburuk dalam hidupnya.

3) Leighton Meester dan Adam Brody

Pasangan ini juga tidak terkecuali apabila rumah bernilai $6.5 juta (RM29 juta) di kawasan Pacific Palisades, California musnah dalam kebakaran.

Rumah mewah mereka itu terdiri daripada lima bilik tidur, enam bilik mandi dan memiliki pemandangan laut yang menakjubkan membuatkan mereka berasa kesal.

BACA JUGA Surat mahkamah ditampal pada butik Vivy Yusof di IOI City Mall gara-gara tak bayar sewa RM67k

Â