Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu, Dr Mahathir Mohd Rais mengumumkan peletakan keahlian dari parti itu berkuatkuasa serta merta.
Beliau turut melepaskan semua jawatannya dalam Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).
Pengunduran itu dimaklumkan melalui satu surat yang ditujukan kepada Datuk Dr Radzi Jidin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu dan Pengerusi PN Wilayah Persekutuan hari ini.
“Saya dengan ini melepaskan jawatan selaku Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan, serta juga mengumumkan peletakan keahlian dalam Bersatu berkuat kuasa serta-merta,” demikian surat yang dikongsi kepada media.
Mahathir antara pemimpin Bersatu yang lantang mengkritik rakan sekutunya kerana bersolidariti untuk Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, sabitan dan hukuman 12 tahun bekas perdana menteri dalam kes SRC International menjadi peristiwa penting bagi Malaysia dan menyifatkan perhimpunan solidariti itu sebagai mengecewakan.
Mengenai masa hadapannya, Mahathir berkata beliau masih belum menentukan untuk menyertai mana-mana parti.
BACA JUGA Saifuddin sahkan anaknya disiasat polis, tegaskan tiada sesiapa kebal undang-undang
Â