Amerika kerugian hingga USD150 billion akibat kebakaran di Los Angeles
Amerika kerugian antara USD135 billion sehingga USD150 billion (RM600 billion hingga RM674 billion) ekoran kebakaran yang berlaku di Los Angeles, Carlifornia baru-baru ini.
Ini termasuk harta yang diinsurankan dan yang tidak diinsurankan menjadikan tragedi ini yang paling besar kerugiannya akibat dari kebakaran dalam sejarah Carlifornia, lapor Gemini, satu apps seumpama AI yang dibangunkan oleh Google.
Apps ini menjawab soalan ketika ditanya apakah jumlah kerugian akibat kebakaran di sana baru-baru ini.
Sehingga 12 Januari 2025, menurut Gemini, sekurang-kurangnya 10 orang sudah disahkan meninggal dengan kebarangkalian jumlah yang mati meningkat kerana kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.
Kerugian ini bagi sesetengah pihak adalah jawapan kepada doa orang yang tertindas di Palestin ekoran serangan Israel dengan bantuan dari Amerika.
“Pada tahun 2024, Amerika menghantar USD20 billion bantuan ketenteraan kepada Israel untuk ‘membakar’ Gaza.
“Akibatnya, mereka kerugian sehingga USD50 billion dalam kebakaran di Los Angeles.
“Ia lebih 150% ROI (pulangan dari pelaburan),” tulis Jamzuri Ardani, seorang aktivis media sosial melalui facebook beliau tanpa mengambil kira maklumat terbaru tentang kerugian sehingga USD150 billion itu.
Sekarang ini, tersebar meluas di dalam media sosial puing-puing kerosakan akibat kebakaran ini dengan dibandingkan puing-puing kerosakan akibat serangan Israel di Gaza.
“Ini adalah hasil doa umat Islam di serata dunia ekoran keganasan Israel di Gaza yang dibantu oleh Amerika,” kata seorang pengguna media sosial yang lain.
BACA JUGA 3 selebriti Hollywood kehilangan rumah dalam kebakaran Los Angeles, nombor tiga paling mengejutkan
Â