Hujan lebat dan berterusan dijangka empat hari, ini senarai kawasan terlibat
Beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan selatan serta barat Sarawak diramal mengalami hujan lebat dan berterusan mulai 15 hingga 18 Januari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata demikian dalam kenyataan dikongsikan melalui media sosial METMalaysia.
“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat dan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung, selatan dan barat Sarawak serta Sabah dalam tempoh yang berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Sehingga jam 7.45 malam ini, Johor menjadi negeri paling terjejas banjir dengan merekodkan 3,843 mangsa melibatkan 1,096 keluarga.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dibuka di Kedah yang menempatkan 51 mangsa, Perak (31 mangsa) dan Terengganu dengan 28 mangsa.
BACA JUGA Amaran gelombang kedua banjir di Johor, apa kata MB?
Â