Menangis rumah mewah terbakar dalam ‘neraka’ Los Angeles, warga dunia ketawakan aktor veteran ini
Tular rakaman video aksi aktor Hollywood James Woods, 77, menangis meratapi kemusnahan rumah mewahnya akibat terbakar dalam ‘neraka’ Los Angeles.
“Suatu hari anda berada di kolam renang, dan hari berikutnya hilang begitu saja,” katanya sambil menangis ketika wawancara CNN pada 8 Januari lalu.
Walau bagaimanapun, rintihan pelakon veteran itu hanya mengundang cemuhan malah kegembiraan dan sindiran warga dunia lantaran kebencian Woods sebelum ini terhadap Gaza.
Woods dikenali sebagai antara selebriti Hollywood yang menyokong kekejaman genosid terhadap warga Palestin di Gaza yang kini telah membunuh lebih 46,000 penduduk di penjara terbesar di dunia itu sejak Oktober 2023.
Pendirian jahat Woods yang menyokong pengganas Israel dengan meminta tentera Zionis itu untuk melakukan lebih banyak serangan turut menggunakan tanda pagar (tagar), “Bunuh mereka semua”.
Kediaman mewah Woods di Los Angeles antara ribuan rumah dan premis perniagaan di kawasan berkeluasan kira-kira 12,500 hektar yang musnah diratah api yang mengerikan.
Kebakaran dengan tiupan angin kencang mencapai kelajuan 160 kilometer sejam (km/j) itu mengakibatkan ratusan ribu penduduk melarikan diri dari kediaman mereka.
Disifatkan bencana alam terburuk di Los Angeles dalam beberapa dekad, api marak dengan cepat lantaran dipacu fenomena angin bermusim Santa Ana.
Bencana alam itu juga berlaku selepas ‘sumpahan’ Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, bahawa “neraka menanti” di Timur Tengah jika tebusan yang ditahan Hamas tidak dibebaskan menjelang 20 Januari ini.
BACA JUGA Amerika kerugian hingga USD150 billion akibat kebakaran di Los Angeles