‘Neraka’ Los Angeles masih gagal dikawal, merebak hampiri wilayah berpenduduk padat
Kebakaran dahsyat yang bagaikan neraka di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) masih gagal dikawal apabila dikesan semakin menghampiri Lembah San Fernando yang berpenduduk padat.
Setakat ini, beribu-ribu rumah dan premis perniagaan di sekitar Palisades, Eaton, Hurst, Woodley dan Bell Canyon musnah dijilat api.
Sekurang-kurangnya 16 orang terkorban dan 13 individu masih hilang sehingga kini.
Lapor Agensi memetik amaran ramalan cuaca tempatan, api yang ekstrem dijangka wujud dalam beberapa hari akan dating didorong factor angin, kelembapan rendah dan tumbuhan kering.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Los Angeles, angin Santa Ana yang bertembung dengan udara kering dan tumbuhan kering, akan mengekalkan ancaman kebakaran di kawasan terlibat.
Sementara itu, Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone memaklumkan kebakaran Palisades hanya dapat dikawal sekitar 11 peritus.
Menurutnya, api semakin merebak ke bahagian timur selepas membakar 9,100 hektar kawasan.
Bagi kebakaran Eaton pula, musibah itu menjilat kawasan seluas hampir 5,666 hektar tetapi hanya 15 peratus dapat dikawal.