Tak perlu letak keajaiban Islam pada bangunan saja
Oleh DR ZAMIR MOHYEDDIN
Masjid at-Taqwa musnah dibadai api liar di Los Angeles. Ini antara bangunan yang terselamat.
Rumah ini bernilai 9 juta dolar dan dimiliki oleh seorang taikun Amerika Syarikat, David Steiner.
Ada beberapa perkara boleh belajar;
1) Bila berlakunya bencana, semua kena tak kira baik jahat, tak kira Muslim atau tak. Sebab itu ada suruhan berdakwah kerana bila Tuhan bagi bencana, pendakwah sekali kena sapu.
2) Tak perlu letakkan keajaiban Islam pada kebendaan macam bangunan. Agungnya Islam pada ajarannya dan panduannya, bukan pada benda-benda dunia yang diajaibkan.
3) Suatu masa dulu, popular Islam diajaibkan dengan corak nama Allah pada awan, pokok batu dan sebagainya. Tapi tak sedar orang jumpa juga lambang salib, hindu dan sebagainya di alam sekeliling.

4) Semasa Jepun dilanda gempa dan tsunami, pagar Torii, pagar suci agama Shinto merupakan antara struktur bangunan yang tidak musnah. Gereja pun pernah tak runtuh dilanda bencana walaupun bangunan sekeliling ranap. Bukan masjid saja tak runtuh semasa tsunami.
5) Apa pun kena usaha juga. Terjadinya sesuatu kerana Tuhan mengkehendakkan ia terjadi.
Bangunan ini tak terbakar sebab Tuhan berkehendakkan tidak terbakar. Tapi ada usaha disebaliknya — bangunan ini direka bentuk kalis api dan gempa.
Jangan harapkan bangunan suci berkayu tak dibadai api.