‘Tunggulah semua selesai dulu, kalut sangat dah kenapa?’
Oleh NAJIB BAKAR
“Patik berpandangan hukuman perlu diteruskan memandangkan reputasi banduan serta masih ada kes yang berjalan di mahkamah yang akan mengganggu sistem jika diberi full pardon.”
Ini dikatakan petikan maklum balas Peguam Negara dalam minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan Najib Razak yang tersebar di TikTok.
Tak berani saya nak kongsi sebab OSA. Saya highlight bahagian ini sahaja, sebab Najib Razak masih ada kes yang sedang berjalan, salah satunya kes 1MDB.
Kes itu pada 10 Januari lalu baru dia cakap, Jho Low yang bagi nombor akaun peribadi dia kepada kerabat Arab Saudi. 🤷
Kes yang dia dapat pengurangan hukuman itu kes SRC International.
Analoginya begini.
Hang nak minta diskaun dari satu vendor. Vendor tu yang akan handle makanan, khemah, sound system.
Hang baru selesai bincang menu makanan. Tapi hang dah minta bil, nak bayar cepat dengan diskaun yang melampau banyak.
Vendor pun kerut kening tengok hang minta diskaun tinggi sangat ni.
Padahal, hang tak bincang lagi bab khemah, sound system.
Tunggulah semua selesai dulu, minta diskaun sekaligus, dalam satu bil yang sama.
Kalut sangat aih pasaipa?
BACA JUGA Tular video promosi Tahun Melawat Kota Bharu 2024, mana imej masjid?
Â