Hanya dijadikan modal serangan, video promosi TMM 2026 tiada tokong pun
Oleh NAJIB BAKAR
Baru nak sembang bab video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 selepas keadaan sejuk sikit.
Latar belakang video, lagu “kenek-keneklah odey, lembu patoh tanduk ah. Cek mek kenolah godey, cek awe keno tumbuk. Uwa uwa uwa uwa uwa uu.”
Lagu tradisional Melayu, loghat Kelantan, diangkat dalam video.
Berpotensi jadi lagu yang dinyanyikan di TikTok oleh mat saleh, oppa, dan sekalian bakal pelancong.
Bayangkan mereka tularkan lagu ni, sekaligus mempromosi Malaysia secara tidak langsung.
Pempengaruh warga asing yang tinggal di Malaysia boleh mulakan trend ni. Dan lagu ni memang lagu Malaysia, tidak boleh di’claimed‘ oleh you know who.
Juga ada scene pesilat, dan tarian Melayu yang aku screenshot.
Basically, aku suka konsep video ni, best! Tambah pula maskot yang comel dan nampak ada effort, bukan sekadar lepaskan batuk di tangga cipta logo dan branding.
Cuma, video ni dijadikan modal serangan, yang tentu sekali dimulakan sebab politik.
Bertebaranlah komen, “kenapa bangunan agama lain ditunjuk, tapi masjid tak ada?”
Mulanya aku pun rasa macam tak sesuai la gitu kan.
Aku pun telitilah video tu.
Yang ada, Batu Caves, tempat yang mat saleh minat nak lawat. Bagi influencer mat saleh, situ memang tempat wajib bagi depa pi.
Kemudian sebuah gereja zaman Belanda, terletak di Melaka, yang di luarnya bersusun beca-beca sebagai tumpuan pelancongan.
Gereja itu diisytihar sebagai Tapak Warissan Dunia UNESCO, dibina pada 1753 zaman penjajahan Belanda (1641-1825).
Tapi aku dok cari, mana tokong Cina?
Laa rupanya tokong Cina pun takdak. Baru aku perasan, itu bukan video perbandingan agama.
BACA JUGA ‘Tunggulah semua selesai dulu, kalut sangat dah kenapa?’
Â