Semakin ramai warga Singapura ke Malaysia untuk terapi sel stem

Semakin ramai warga Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan terapi sel stem atau sel dasar memandangkan rawatan ini belum lagi diluluskan di republik tersebut.

Kebanyakannya mencuba nasib di pusat perubatan swasta di Malaysia.

Mereka juga kurang berminat untuk rawatan yang sedia ada seperti penggantian lutut.

Kuala Lumpur Sports Medicine Centre umpamanya telah menjalankan lebih daripada 1,000 prosedur sel stem untuk menghasilkan rawan lutut sejak tahun 2007, lapor Channel News Asia.

Pusat perubatan ini mendapat sekurang-kurangnya seorang pesakit Singapura dalam setahun.

Warga Singapura mempunyai kemudahan kesihatan terkini dan hanya mempunyai tujuan tertentu sekiranya tiada pilihan untuk datang kepada kita,” kata pakar runding bedah orthopedic KLSMC Dr Saw Khay Yong.

Empat pesakit yang ditemuramah CNA turut menyatakan keadaan lutut mereka lebih baik selepas menerima rawatan.

Kos terapi sel stem di Malaysia dianggarkan antara RM30,000 hingga RM120,000.

Kos ini bergantung kepada kerumitan prosedur, keperluan untuk menjalani pembedahan sebelum suntikan dan bilangan suntikan yang diperlukan.

BACA JUGA: Surat mahkamah ditampal pada butik Vivy Yusof di IOI City Mall gara-gara tak bayar sewa RM67k

Â