Anwar kongsi foto bersenam waktu malam di UAE
Dalam kepadatan jadual yang menanti Perdana Menteri di Emiriah Arab Bersatu (UAE), beliau sempat meluangkan masa bersenam dengan pegawai-pegawainya di sana.
Beberapa foto Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan t-shirt berkolar dan berkasut sukan dikongsikan di Facebook rasmi beliau.
“Dalam kepadatan jadual sewaktu lawaran kerja di UAE, saya sempat meluangkan masa untuk beriadah sambil berehat dari tugasan rasmi sejenak,” tulisnya.
Pada hari terakhir lawatan rasminya hari ini, beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.
Selepas perjumpaan itu Anwar akan menghadiri majlis perasmian Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di sini.
Antara pemimpin dunia yang dijangka mengambil bahagian di ADSW ialah Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, Presiden Kenya William Ruto, Presiden Nigeria Bola Ahmed Tinubu, Presiden Rwanda Paul Kagame, Presiden Seychelles Wavel Ramkalawan dan Presiden Uganda Yoweri Museveni.
Lawatan kerja tiga hari ke UAE adalah atas jemputan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum bagi menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW). Anwar tiba di Abu Dhabi pada Ahad.
Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang juga pemerintah Dubai.
Semasa pertemuan berkenaan, kedua-dua pemimpin membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua hala serta meneroka peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, keterjaminan makanan dan tenaga, kecerdasan buatan dan pusat data serta isu serantau dan global yang menjadi perhatian bersama.
BACA JUGA ‘Kesian betullah tengok…’, gelagat Tun M acah cari RM3 bilion dicemuh