Apa punca pelabur China berebut nak masuk Malaysia tahun ini?

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkongsi kepada Financial Times baru-baru ini, menjangkakan Malaysia akan menerima peningkatan pelaburan daripada syarikat teknologi dan pembangun cip dari China.

Fenomena ini dijangka berlaku apabila Beijing berdepan ancaman tarif baru dari bakal Presiden AS, Donald Trump, yang dijangka kembali ke Rumah Putih pada 20 Januari ini.

Donald Trump dijangka mengenakan tarif lebih tinggi yang mungkin mencapai sehingga 60%.

Hari ini terdapat banyak syarikat daripada Amerika yang beroperasi di Malaysia – terutamanya untuk pengeluaran semikonduktor di Pulau Pinang, dan juga pusat data di Johor.

Walaupun firma Amerika Syarikat mendominasi sektor ini, Rafizi mengatakan Malaysia mungkin melihat firma China mula meningkatkan pelaburan dalam usaha mereka mengurangkan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat, disamping untuk memperluaskan pasaran untuk di luar China.

Bergerak ke hadapan, beliau mahu memastikan pelabur bukan sahaja melihat Malaysia untuk pengeluaran sahaja, tetapi melihat Malaysia memainkan peranan lebih utama dalam merekabentuk cip.

Ini juga selari dengan sasaran untuk meletakkan Malaysia bukan sekadar pengeluar, tetapi bergerak ke dalam rantaian pengeluaran semikonduktor.

Kehadiran syarikat-syarikat China ini bakal membawa masuk pelaburan bernilai berbilion dolar ke Malaysia dalam beberapa tahun akan datang, menjadikan negara ini pesaing utama kepada syarikat-syarikat AS yang sebelum ini mendominasi sektor teknologi tempatan.

BACA JUGA Larangan bersuara isu Titah Adendum Najib: Ini tindakan bakal diambil kerajaan

Â