Bantuan SARA akhirnya naik! Isi rumah miskin dapat RM2,100, bujang pula dapat berapa?

Bantuan SARA akhirnya dinaikkan, isi rumah miskin dan miskin tegar bakal dapat RM2,100

Kerajaan meningkatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk isi rumah miskin dan miskin tegar kepada RM2,100 tahun ini berbanding hanya RM1,200 tahun lalu.

Berbanding pemberian tunai dua kali setahun, kerajaan telah menambahbaik mekanisme pemberian bantuan dengan mengkreditkan bantuan setiap bulan selama setahun.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, untuk Januari hingga Mac 2025, bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Manakala mulai April hingga Disember 2025, kadar bantuan akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

“Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata MOF dalam satu kenyataan hari ini.

Penambahbaikan kepada SARA ini merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah, iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Selain daripada itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.

Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih.

“Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan. Golongan warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan,” kata kementerian itu.

BACA JUGA Solat Jumaat jadi antara alasan majikan China enggan ambil pekerja Melayu

Â