Jangan tolak tawaran MRSM kerana miskin, kata Asyraf
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tidak mahu ibu bapa menjadikan alasan kemiskinan untuk menolak tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Beliau memberi jaminan akan memudahkan kemasukan pelajar yang kurang berkemampuan ke maktab tersebut.
Beliau juga sudah meminta MARA dan kesemua institusi pendidikan MRSM dalam negara untuk membantu mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan.
“Jangan jadikan alasan kemiskinan dan kekangan kewangan untuk menolak tawaran MRSM.
“InsyaAllah saya dah minta MARA dan semua 57 MRSM bantu,” katanya di Facebook.
Sebelum ini banyak laporan media berkenaan murid-murid cemerlang yang tidak mampu melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan.
Asyraf antara yang terkehadapan dalam memberi bantuan penyelesaian.
Tahun ini sahaja, Mara menerima 93,635 permohonan bagi kemasukan ke tingkatan satu dan empat.
Â