Kongsi 23 istilah daging babi, Pemuda Pas diingatkan fitnah juga haram
Pemuda Pas Malaysia berkongsikan 23 istilah daging babi yang sering digunakan dalam bahan sesuatu produk.
Antaranya, hog, swine, boar, ham, bak, char siu, tonkatsu dan yakibuta.
“Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih kurang tahu istilah-istilah babi yang digunakan dalam makanan atau masakan.
“Kepada peminat makanan Western, Jepun atau Korea, maklumat ini amat penting untuk anda sebelum membeli produk atau makan makanan tersebut,” menurut Pemuda Pas di Facebook rasmi sayap parti pembangkang itu.
Dalam masa sama, Pas juga diperli termasuk diingatkan bahawa memfitnah juga haram hukumnya selain khinzir.
BACA JUGA Masjid di Los Angeles ini sebenarnya hangus dijilat api