Masjid di Los Angeles ini sebenarnya hangus dijilat api
Oleh HAFIDZI MOHD NOOR
Masjid at Taqwa, Los Angeles hangus dijilat api. Masjid di Altadena ini telah didirikan sejak akhir 1970-an tidak meninggalkan sebarang sisa. 10 buah rumah ahli kariah yang berhampiran turut hangus musnah.
Hentikan menyebar imej masjid yang tidak dijilat api. Begitu juga rumah seorang mualaf yang kononnya terselamat. Semuanya sama ada gambaran animasi dan janaan kecerdasan buatan (AI).
Ya, tidak mustahil jika Allah berkuasa memelihara, namun ia bukan hujah bagi kebenaran agama ini.

Islam tetap tinggi dan satu-satunya agama yang diterima Allah sama ada masih terdapat masjid yang tetap berdiri atau musnah dijilat api atau dibadai tsunami.
Agama ini bukan agama magik. Setiap sesuatu tertakluk kepada sunatullah iaitu hukum alam yang menuruti hukum fizik.
Mukjizat hanya berlaku pada zaman Nubuwwah – dan satu-satunya mukjizat yang kekal hingga kiamat ialah al-Quran.
Adalah pula yang tunjuk bukti Bible tidak terbakar. Hakikatnya, Bible terbakar atau tidak agama Kristian tetap agama batil! Al-Quran terbakar atau tidak, Islam tetap agama al Haq!
BACA JUGA MB Terengganu dipersoal, mana potret rasmi Agong dan PMX?
Â