Konvensyen AMANAH akan diadakan 25 Januari depan
Konvensyen Nasional 2024 Parti AMANAH Negara akan diadakan pada 25 dan 26 Januari depan selepas ianya ditangguhkan pada Disember lalu kerana banjir melanda negara.
Menurut hebahan poster, konvensyen itu akan diadakan di KSL Explanade Hotel, Klang.
Tiada pemilihan pada konvensyen kali ini.
“Konvensyen ini merupakan medan wacana yang menjadi platform untuk bermuhasabah, berdiskusi, dan merancang masa depan bersama.
“Himpunan seluruh keluarga besar AMANAH ini juga bukan sahaja membuka ruang untuk membina ukhuwah, tetapi juga memperkukuhkan kesatuan dalam mencapai matlamat yang lebih besar untuk organisasi, masyarakat dan negara,” kata AMANAH dalam satu kenyataan.
Konvensyen Amanah Nasional 2023 menyaksikan Datuk Seri Mohamad Sabu dipilih untuk mengemudi parti tersebut buat kali ketiga.
Menerusi konvensyen berkenaan, majoriti mengakui masih memerlukan sentuhan dan ketokohan ‘Abang Mat’ sebagai presiden yang disegani ramai untuk menstabilkan parti itu.
Jawatan Timbalan Presiden AMANAH disandang oleh Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
BACA JUGA Permohonan habeas corpus CEO GISBH ditolak – apa puncanya?
Â