Permohonan habeas corpus CEO GISBH ditolak – apa puncanya?
Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menolak permohonan habeas corpus Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings (GISBH) Sdn. Bhd., Nasiruddin Mohd. Ali, dan isterinya, Azura Md. Yusof .
Mereka mencabar penahanan mereka mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012), sebelum ini selepas dituduh menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Hakim Datuk Abu Bakar dalam penghakimannya berkata kedua-dua pemohon ditahan menggunakan waran menahan sah dan ini menjadikan writ habeas corpus akademik.
“Mahkamah ini membenarkan bantahan awalan dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan mewakili responden.
“Mahkamah ini berpendapat semasa writ habeas corpus difailkan pemohon tidak berada dalam tahanan salah atau tahanan tidak wajar,” katanya semasa prosiding berkenaan, lapor Kosmo.
Peguam pemohon Datuk Rosli Kamaruddin memberitahu media bahawa rayuan akan difailkan kepada Mahkamah Persekutuan.
BACA JUGA: GISBH: Barisan kepimpinan tertinggi didakwa hari ini