MB Terengganu dipersoal, mana potret rasmi Agong dan PMX?

Menteri Besar Terengganu dipersoal susulan perkongsian foto pertemuan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Menerusi gambar dimuatnaik di media sosial Ahmad Samsuri, terpampang di dinding ruang pertemuan beliau dengan Duta Besar China itu deretan empat potret rasmi.

Antaranya, potret rasmi Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah selain bingkai wajah Ahmad Samsuri.

Rata-rata menyelar Ahmad Samsuri lantaran tiada potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selain tentunya foto Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Negeri Terengganu ni bukan dalam Malaysia ke? Mana gambar PMX?,” kata pengguna X, @aca5577.

“Punyalah sakit hati sampai gambar PM dengan YDPA pun tidak ada. Mengemis minta wang ihsan dekat MOF…,” kecam @haseoatdawn.

“Tunggu dia umum bonus penjawat Terengganu kemudian suruh Persekutuan bayar… masa tu baru pasang gambar PMX?” sindir @zamrul2000 pula.

BACA JUGA Tak perlu letak keajaiban Islam pada bangunan saja

Â