Penulis buku Travelog Haji kembali ke rahmatullah awal malam ini

Pengarang buku Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman, Dr Muhd Kamil Ibrahim meninggal dunia jam 7.20 malam ini, 14 Januari 2025.

Beliau yang mula kritikal sejak malam tadi meninggalkan isterinya Raudzah Roslan dan beberapa anak dan menantu serta cucu.

Buku tulisan bekas Rektor UiTM ini yang dicetak lebih 100,000 naskhah menjadi rujukan penting kepada mana-mana pihak yang mahu mengerjakan haji.

Selain itu, banyak lagi buku yang dihasilkan oleh beliau.

Menurut isterinya, Raudzah Roslan keadaan suaminya agak kritikal sejak malam tadi.

Tengahari tadi, Raudzah menulis lagi:

“Keadaan suamiku Muhd Kamil Ibrahim agak kritikal pagi ini.

“Beliau mohon maaf pada semua. Doakan dipermudahkan urusannya di dunia, di alam kubur lebih lagi di padang mahsyar akhirat nanti.

“Mudah-mudahan dilindungi bawah teduhan arsay Allah yang Agung.

“Dipercepatkan urusan perhitungan. Menerima buku amal di tangan kanan.

“Mendapat syafaat Rasulullah SAW .. berpimpin tangan untuk masuk ke syurga tanpa di hisap tanpa di azab dengan rahmat Allah.

“Ya Rabb .. tempatkan dia, daku dan kami semua ke dalam syurgaMu .. syurga Firdaus yang tertinggi di sisi-Mu.

“Mohon doakan ..” tulis Raudzah tengahari tadi.

BACA JUGA Konvensyen AMANAH akan diadakan 25 Januari depan

Â