Rafizi kini bergelar Datuk Seri

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli, menjari penerima tunggal yang dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau mendahului senarai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, hari ini.

Lima individu pula menerima Darjah Datuk Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk, iaitu Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Summit Ascent Holding Limited Datuk Chua Ming Huat.

Selain itu, Turut menerima anugerah itu ialah tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Mustapha Nagoor, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dan Tengku Zamrah Tengku Sulaiman.

Pemegang Amanah Yayasan Munarah, S Sheranjiv, menerima anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 25 individu lain pula menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang turut membawa gelaran Datuk.

BACA JUGA Apa punca pelabur China berebut nak masuk Malaysia tahun ini?

Â