Wujud keperluan mendesak untuk undang-undang pendanaan politik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui keperluan mendesak untuk mengawal pembiayaan politik kerana ia meningkatkan risiko rasuah. Justeru itu Akta Pendanaan Politik diperlukan.
“Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengehadkan perbelanjaan kempen dan penyediaan laporan perbelanjaan hanya terpakai kepada calon dan bukannya kepada parti politik.
“Parti politik juga tidak diwajibkan mendedahkan sumber pendanaan mereka,” katanya ketika memberi ucaptama di International Political Financing Conference 2025 hari ini.
“Sebagai seorang ahli politik, saya akui politik memerlukan kos yang tinggi.
“Parti politik perli menggembleng sumber yang besar bagi menjalankan kempen, mengekalkan operasi pejabat, menjalankan penyelidikan, menganjurkan majlis dan mendidik masyarakat.
“Bagi memenuhi peranan sebagai watak utama dalam politik yang kompetitif, parti perlu memikirkan cara teliti bagi mengumpulkan dan menguruskan dana secara berkesan dan berintegriti,” katanya.
BACA JUGA: Bantuan SARA akhirnya naik! Isi rumah miskin dapat RM2,100, bujang pula dapat berapa?