‘Dia boleh hidup dengan angan-angan PM11 dia’ – Fahmi respon status FB Annuar Musa
“Dia boleh hidup dengan angan-angan dia,” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengulas hantaran Facebook Tan Sri Annuar Musa berkenaan spekulasi Perdana Menteri ke-11.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata, belum tiba lagi masanya untuk pilihan raya.
“Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia,” ujarnya ringkas dalam sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di pejabatnya, hari ini.
Dalam hantaran di media sosial baru-baru ini, Annuar Musa memberi bayangan akan berlaku pertukaran perdana menteri dengan menyebut “Selamat Datang Perdana Menteri Malaysia yang ke-11”.
Pengerusi Muafakat Nasional itu berkata tidak mustahil PM11 bakal menjadi penyatu kepada seluruh orang Melayu.
Menurut Annuar, pelantikan Perdana Menteri ke-11 yang betul akan memboleh dasar-dasar negara kembali ke arah memperkasa prinsip prinsip Rukun Negara serta menyemarak semula roh dan semangat Perlembagaan seperti awal pembentukan Malaysia.
“Dari keharmonian yang PM-11 bawa, negara kembali fokus kepada politik matang dan sejahtera, PM-11 bersama enam mantan PM bakal merupakan “The Magnificent seven’ yang dinanti nantikan oleh rakyat.
Bagaimanapun beliau tidak menyebut siapa PM11 itu namun beliau mengepilkan gambarnya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
BACA JUGA Kementerian Pertahanan nafi pemberhentian besar-besaran pegawai tertinggi ATM
Â