Ini senarai sumbangan kerajaan Madani kepada Islam, pastinya akan terus bertambah

Oleh HASS LYAM

Tahun 2023

1) Menambah kuota guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak 1,500 guru.

2) Menambah 100 juruaudit persijilan halal perkasakan halal.

3) Mengembalikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah JAKIM yang dihentikan oleh Mahathir selama 23 tahun yang lalu.

4) Menerapkan budaya dan nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran Kerajaan menerusi Maqasid Syariah dengan pendekatan ‘ Madani’.

5) PMX memasukkan Hadis 40 Imam Nawawi dalam sukatan pelajaran dan pendidikan di Malaysia.

6) Peruntukan RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) bagi memartabatkan Maahad Tahfiz.

Tahun 2024

7) Mewujudkan Akta Saraan Hakim Syarie.

8) Memartabatkan perundangan syariah dan kehakiman syariah.

9) Peruntuk RM20 juta untuk penghayatan Islam, pembelajaran Al-Quran seawal Tahfiz dan Kemas.

10) Memberikan insentif kepada 698 pelajar Islam cemerlang akademik sebanyak RM3.1 juta.

11) Insentif Galakan Hafaz Al-Quran kepada 529 peserta sebanyak RM 2 juta.

12) Turunkan cabutan judi khas dari 22 kepada lapan kali setahun.

13) Sumbangan khas berjumlah RM500 seorang bagi 70,000 siak, imam, bilal, noja, marbut,guru takmir dan guru KAFA.

Tahun 2025

14) RM2 bilion untuk Jakim memartabatkan program keislaman.

15) RM150 juta untuk pembangunan infra pendidikan agama (sekolah pondok, tahfiz, sekolah agama rakyat).

16) Meningkatkan kadar wang saku penuntut sebanyak RM100. Penuntut di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran JAKIM.

17) Perdana Menteri sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani.

BACA JUGA Adun Pas keluarkan kenyataan jijik, sanggup perlekeh prinsip Islam – AMK