Isu ‘ham dan keju’: MP Pas tanya siapa yang ‘real idiot’
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, isu yang dipertikaikan adalah sijil halal yang palsu dan bukannya maksud ham dan keju.
Reaksi Ahli Parlimen Pasir Mas itu susulan kenyataan Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang mengulas isu berhubung sandwic ayam ham dan keju yang dijual di Universiti Malaya (UM).
“Mereka yang prihatin dengan sijil halal ini ialah umat Islam yang mahukan makanan yang dimakan benar-benar diiktiraf halal oleh JAKIM.
“Jika tiada langsung sijil halal, itupun tiada masalah, terpulang kepada pelanggan untuk buat keputusan.
“Tapi bila guna sijil halal palsu, itu bermaksud menipu atas nama halal,” kata Fadhli.

Terdahulu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menyatakan bahawa “ham” hanya merujuk kepada daging yang telah diawet.
“Kita ada ham ayam belanda dan ham ayam, yang sesuai untuk dimakan. Begitu juga dengan root beer, yang dibuat daripada akar sassafras yang tidak mengandungi alkohol dan baik untuk diminum.
“Menjadikan perkara ini sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh,” katanya dalam satu hantaran di X malam tadi.
Mengulas lanjut, Fadhli berterusan menempelak Kor Ming serta dalam masa sama sempat pula ‘mengheret’ nama Perdana Menteri.
“Siapa yang ‘real idiot’ ni?
“Menteri yang mengaku datuknya seorang perajurit ni sila jawab!
“Tapi kalau PMX ulas isu ini, saya yakin dia akan kata.. “oo ini isu kecil, kita akan lihat…bla bla wewenang tatakelola bla blaaaa”,” perli Fadhli.
BACA JUGA Sah tak betul dakwaan MP PN, tiada lima pengarah bebas MAHB ditamatkan perkhidmatan!