Tergamak Adun Pas ini fitnah PM Anwar, ulang sebut sampai dua kali
Tular sedutan video ceramah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melor, Wan Rohimi Wan Daud yang mengejutkan orang ramai apabila mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi petikan rakaman itu, peguam berkenaan difahamkan mengupas isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
“Dia menganiaya seorang banduan yang telah diberi pengampunan. Padahal, dia dulu banduan juga.
“Main xxx orang . Bukan lekeh-lekeh. Main xxx, saudara.
“Tiada sejarah pemimpin kita tapi ada orang angkat jadi Perdana Menteri, nak buat macam mana,” kata Wan Rohimi sebanyak dua kali mengulang tuduhan ‘main’ itu.

Pas dilihat galak menunggang kes Najib sehingga tergamak melemparkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim selain mempersenda dasar kerajaan Madani.
Malah, Pas ada sahaja dalil untuk kempen solidaritinya bersama Najib sedangkan kurang dua tahun lalu, Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan tiada pengampunan termasuk raja-raja dan ketua negara untuk pesalah.
Sokongan keterlaluan pembangkang mengundang kecaman orang ramai memandangkan Najib, 71, dalam kes SRC International Sdn Bhd telah diputuskan sebagai bersalah oleh sembilan hakim di tiga peringkat mahkamah.
Kesemua hakim terbabit iaitu seorang hakim di Mahkamah Tinggi, tiga hakim di Mahkamah Rayuan dan lima hakim di Mahkamah Persekutuan.
Perbicaraan Najib sebelum ini memakan tempoh lama berbulan-bulan dengan keterangan saksi pendakwa mengambil masa 58 hari dan pembelaan 33 hari.
Dalam masa sama, kes Najib berkaitan SRC itu membabitkan berpuluh-puluh saksi apabila kerajaan, melalui pendakwa raya, mengemukakan 57 orang saksi manakala pihak Najib mengemukakan 19 saksi.
BACA JUGA Pernah berhujah guna surat layang, MP PN ini ‘dapat khabar’ baru pasal MAHB
Â