‘Becoming Hannah’ bukan buku agama tapi ada yang Dr Kamarul Zaman tidak setuju

Dr Kamarul Zaman Yusoff sedar buku “Becoming Hannah: A Personal Journey,” telah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia dan tidak dikategorikan sebagai buku agama.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata demikian di hadapan Datuk Aliza Sulaiman ketika disoal peguam Sangeet Kaur Deo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sangeet mewakili Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada perbicaraan kes saman fitnah difailkan pemimpin DAP itu terhadap Kamarul berhubung dua catatan Facebook beliau pada Mei 2017.

Sangeet: Saya ingin mendapat pengesahan bahawa Dr Kamarul sememangnya sedar bahawa buku “Becoming Hannah: A Personal Journey,” telah pun dikatalogkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia di bawah Cataloguing-in-Publication Data?

Hannah Yeoh

Kamarul Zaman: Betul.

Sangeet: Jadi, Dr Kamarul setuju dengan saya setelah ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, buku ini telah dikatalog (dikategorikan) di bawah tajuk Yeoh, Hannah, 1979; Women Politicians-Malaysia dan Malaysia-Politics and Government.

Kamarul Zaman: Setuju.

Sangeet: Jadi, setuju saya katakan ia (buku berkenaan) tidak dikategorikan sebagai buku agama.

Kamarul Zaman: Setuju.

Kamarul Zaman yang merupakan defendan tunggal dalam kes saman itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa perkataan ‘Personal Journey’ bermaksud satu kisah dan perjalanan peribadi Ahli Parlimen Segambut berkenaan.

Sangeet: Memandangkan buku ini adalah ‘Personal Journey’, jadi tiada isu penyebaran (agama Kristian) dan Kamarul Zaman menjawab, tidak setuju.

Hannah selaku plaintif dalam saman difailkan pada 2022, berkata Kamarul Zaman memuat naik dua hantaran Facebook antara 10 Mei dan 17 Mei 2017, iaitu beliau mendakwa bahawa plaintif mempunyai motif untuk menyebarkan Kristian menerusi politiknya.

Kamarul turut memetik biografi Hannah “Becoming Hannah: A Personal Journey” bagi memacu agenda Kristian dan turut mendakwa beliau berniat untuk mengubah Malaysia menjadi negara Kristian.

BACA JUGA Solat jenazah pengarang buku Travelog Haji umpama solat Jumaat

Â