FAMA, KPKM ambil langkah atasi kekurangan kelapa
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasi kekurangan bekalan kelapa.
FAMA sedang berunding untuk dengan pembekal baru untuk meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Di samping itu ia turut mengenalpasti kawasan pengeluaran kelapa di Sabah dan Sarawak untuk membawa masuk 500 tan metrik kelapa ke Semenanjung pada bulan hadapan.
“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Kementerian Pertahanan melalui pelaksanaan Projek AgroDefence akan memfokuskan penanaman kelapa di tanah milik Kementerian Pertahanan yang berpotensi untuk dibangunkan dengan penanaman kelapa.
“Projek ini akan memanfaatkan tanah yang tidak digunakan secara optimum untuk pertanian bagi meningkatkan pengeluaran domestik kelapa.”
Sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan turut digalakkan menceburi bidang ini.
BACA JUGA: Perdaya 300 jemaah: Polis kutip pengarah urusan syarikat umrah ketika sidang media
Â