Gencatan senjata kemenangan awal buat rakyat Palestin
Timbalan Presiden AMANAH, Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang dijadual bermula Ahad,19 Januari ini merupakan kemenangan awal buat rakyat Palestin.
Beliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, keberanian luar biasa rakyat Palestin dikagumi sehingga Zionis terpaksa tunduk untuk gencatan senjata.
“Semoga laluan kemanusiaan dibuka luas selama gencatan senjata berjalan.

“Terima kasih juga kepada PMX secara konsisten membawa suara tuntutan Palestin di arena antarabangsa!” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri Israel hari ini memaklumkan perjanjian gencatan senjata boleh diteruskan mengikut garis masa yang dirancang.
Menurut pejabat Benjamin Netanyahu tersebut, tebusan bakal dibebaskan seawal 19 Januari, jika diluluskan oleh Kabinet rejim pengganas itu.
Media Israel turut menerbitkan senarai 33 tebusan untuk dibebaskan bagi fasa pertama perjanjian gencatan senjata itu.
BACA JUGA Tebusan akan dibebas lusa tapi angka korban Gaza terus meningkat
Â