ADUN Sungai Sibuga meninggal dunia malam tadi
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, 65, meninggal dunia di Kota Kinabalu pada jam 11.20 malam tadi.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang Pembantu Menteri Kewangan II dilapor menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta.
Sebelum ini, Allahyarham difahamkan menjalani rawatan akibat komplikasi beberapa penyakit antaranya melibatkan buah pinggang.
Pemergian wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berkenaan disahkan ipar kepada Allahyarham, Berahim Nasip.
Menurutnya, jenazah dibawa ke rumah Allahyarham di Taman Kong Lok, Sandakan sebelum dibawa ke Masjid Pangiran di Batu 7.
“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru, Rancangan Sungai Manila sebelum solat Zuhur,” katanya dipetik Bernama.
Walau bagaimanapun, punca kematian Mohamad Hamsan masih belum dapat disahkan.
BACA JUGA Onana muncul ‘trending’ dikecam selepas Manchester United diaibkan
Â