Gempar! Ini jumlah harta diisytihar dua anak Tun M

Lebih RM1.2 bilion! Itu jumlah harta dimiliki dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, mengikut pengisytiharan harta yang dikemukakan kepadanya, Tan Sri Mokhzani Mahathir mempunyai aset berjumlah kira-kira RM1 bilion manakala Mirzan Mahathir sebanyak RM246.2 juta.

Mokhzani Mahathir

Dalam sidang media hari ini, beliau memaklumkan pengisytiharan harta itu antaranya membabitkan pegangan aset dan saham.

Menurutnya, melalui pengisytiharan harta itu, jumlah aset keseluruhan Mokhzani bernilai kira-kira RM1 bilion dengan ‘personal value’ (aset peribadi) sebanyak RM360 juta.

Mirzan Mahathir

Mirzan pula jumlah asetnya adalah sebanyak RM246.2 juta dengan ‘personal value’ sebanyak RM120 juta.

“Ada berbentuk aset, ada juga dalam pegangan saham dan sebagainya yang kita ambil kira serta menolak liabiliti yang mereka tanggung.

“Jadi, persepsi ini saya kena betulkan kerana kadang-kadang kami dihujani dengan pelbagai soalan mengatakan adakah betul mengenai pemilikan harta (mereka),” katanya lagi.

BACA JUGA Tiga laporan polis terhadap Harith Iskander dan Cecelia Yap, ini sebabnya siasatan dibuat

Â