Tiga laporan polis terhadap Harith Iskander dan Cecelia Yap, ini sebabnya siasatan dibuat
Tiga laporan diterima polis berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh pelawak, Harith Iskander dan pemilik akaun Facebook, Cecelia Yap Song KL.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, kesemua laporan itu diterima di Balai Polis Iskandar Puteri dan Johor Bahru Utara (JBU) serta Kluang.
Beliau berkata, ia membabitkan hantaran berbaur penghinaan di akaun Facebook Harith serta Cecelia pada 18 Januari lalu.
Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat melakukan perasaan agama seseorang.
“Selain itu, kes disiasat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, Kumar menegaskan bahawa polis Johor memandang serius serta memberi amaran sekeras-kerasnya terhadap mana-mana pihak yang memainkan sentimen 3R membabitkan raja, agama dan kaum di platform media sosial kerana boleh membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian masyarakat.
“Tindakan tegas tanpa kompromi di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa akan diambil terhadap mana-mana individu yang dengan sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.
“Setakat ini sebanyak tiga laporan polis diterima Polis Kontinjen Johor susulan aduan penghinaan terhadap agama Islam berkenaan,” katanya.
Pada 18 Januari lalu, Harith Iskander memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.
“I’m so confused. My iman tergugat. This kopi will lead me down the wrong path.
“Not just tempting me to become hamsap but also confusing me with the word ‘ham’ in it.
“Ni untuk minum atau makan?
“I must make a polis report because i am so weak i have lost all ability to use logic,” katanya di platform X.
BACA JUGA Apa kes sampai Shahrol Shiro buat laporan polis terhadap Harith Iskandar?
Â