Malaysia disenarai 10 negara paling aman di dunia, tiga negara ini pula kacau-bilau

Malaysia menduduki tempat ke-10 daripada 163 negara teratas paling aman di dunia mengikut Indeks Keamanan Global (GPI) 2024.

Menerusi data GPI 2024 oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), Malaysia memperoleh skor sebanyak 1.427, iaitu naik dua tangga berbanding tahun sebelumnya.

Tempat pertama negara paling aman ialah Iceland, diikuti Ireland, Austria, New Zealand, Singapura, Switzerland, Portugal, Denmark dan Slovenia.

Dalam masa sama, Yaman terperosok di tangga terakhir negara paling tidak aman manakala Sudan di tangga ke-162 dan Sudan Selatan di kedudukan 161.

Selain itu, Israel, Syria dan Rusia masing-masing berada di tangga ke-155, 156 dan 157.

BACA JUGA Tiga laporan polis terhadap Harith Iskander dan Cecelia Yap, ini sebabnya siasatan dibuat

Â