Penduduk PPR Kota Bharu tak bayar kos selenggara cecah RM700,000
Ramai penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Bharu yang berdegil tidak mahu membayar kos selenggara bulanan sebanyak RM12.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ada segelint yang berpendapat tidak mengapa jika tidak membayar kos selenggara kerana kerajaan tetap akan membaiki kerosakan yang ada.
Sikap ini katanya menyukarkan kerajaan untuk membaiki atau selenggara segera kediaman yang rosak.
“Saya dibawa ke PPR Kota Bharu dan difahamkan wang selenggara tidak dibayar hampir RM700,000.
“Apabila wang sejumlah itu tidak dibayar maka untuk pulih kerosakan itu sangat sukar.
“Masyarakat mungkin berpendapat kalau tidak bayar pun tidak mengapa. Kerajaan akan membaikinya bagi mengelakkan menganiaya rakyat yang perlu rumah,”, katanya.
Beliau menegaskan bahawa penyelenggaraan kediaman adalah penting kerana rumah tersebut akan digunakan untuk jangka masa panjang.
Ansuran bulanan yang sepatutnya dibayar oleh penghuni adalah sebanyak RM225, manakala yuran penyelenggaraan hanyalah RM12 sebulan, yang dianggap sangat rendah.
BACA JUGA PM Anwar berjaya sambung semula rundingan MEUFTA
Â