Pesan untuk Ku Li, kalau gigi taring sudah tiada jangan sengih tunjuk gusi

OLEH MOHD SAYUTI OMAR

Saya tulis watikah ini buat Tengku Razalegih Hamzah yang meminta Anwar Ibrahim bertanggungjawab terhadap penyembunyian titah addendum yang baginya penyembunyian itu disebabkan Najib Razak masih di dalam penjara.

Tindakan Anwar itu juga disifatkan Tengku Razaleigh sebagai penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Anwar sebagai PM terikat dengan taat setia kepada raja. Dalam juzu ini dari sisi mana Anwar tidak patuh dan taat.

Bukankah titah adendum itu sebagai tambahan. Apakah kita tidak fahaman dengan perkataan atau maksud tambahan?

(Tambahan bermaksud) ia muncul kemudian ataupun sampingan daripada induk. Yang perlu dimengerti kenapa adendum.

Tengku Razaleigh menuntut keadilan kepada Najib Razak, tetapi membutakan mata kepada ribuan banduan lain yang menjeruk dan buruk dalam penjara.

Kenapa mudah sahaja untuk memahami kesungguhan Razaleigh itu kerana Najib adalah seketurunan dengannya, bangsawanan.

Lumrah dalam hidup ini enggang akan sama enggang, pipit sama pipit.

Tengku Razaleigh sebagai bangsawan amat memahami akan kesangsaraan hidup dalam penjara dan sangat memahami betapa senang dan bahagianya hidup di alam bangsawanan.

Maka jangan buat jenayah dan ketahuilah kesangsaraan di akhirat lebih teruk.

Jadi kalau Tengku Razaleigh membela penyangat, pencuri dan perompak (pinjam istilah Mahathir) tidaklah hairan.

Sehubungan itu Tengku Razaleigh berkata Anwar bertanggungjawab atas kejadian itu dan disifatkan sebagai satu penderhakaan.

Besar natijah yang diungkapkan oleh bekas ahli parlimen Gua Musang itu.

Soal bertanggungjawab ini, sebelum kita minta seseorang bertanggungjawab mengikut konotasi kita tentang kesalahan seseorang, baiklah kita pulangkan ke dalam diri kita melihat sejauh mana pula akauntabiliti kita sendiri.

Apakah Tengku pernah meminta maaf kepada dirinya sendiri dan seluruh orang Melayu dalam negara ini atas kesalahan besar dikakukan olehnya suatu masa dahulu.

Bukankah sejarah telah mengabsahkan perpecahan orang Melayu selama ini bermula daripada tahun 1987 bila mana Tengku terburu nafsu inginkan jawatan Perdana Menteri dengan menentang Mahathir merebut jawatan presiden Umno.

Gara gara itu Umno berpecah dua, menjadi pasukan A dan pasukan B.

Bermula dari situlah politik Melayu Umno tidak stabil, membawa kepada perpecahan seterusnya tahun 1998 kemudian berpecah lagi sekali tahun 2018.

Kemucak kemalangan Umno apabila ia kehilangan kuasa. Peristiwa dan sejarah ini tidak boleh ditolak dan dilupakan oleh Tengku Razakeigh. Beliau kena bertanggungjawab.

Apologetiknya dengan membawa Semangat 46 pulang ke penagkuan Umno tidak menyembuhkan luka dan menyendikkan orang Melayu itu.

Dan kesediaan Tengku Razaleigh untuk berpaut semula kepada Mahathir bukanlah kerana untuk menyatupadukan Melayu tetapi kerana jawatan, dia dijanjikan jawatan oleh Mahathir.

Maka apabila Tengku cuba menyalahkan Anwar dalam kes adendum ia seperti kerja tikus yang ingin membaiki labu.

Atau si jalak berkokok ekor bergelumang tahi. Nasihat saya kepada Tengku Razaleigh setelah gigi dan taring sudah tiada, usahlah sengih-sengih menunjukkan gusi. Huduh sangat.

BACA JUGA Ramai sibuk pasal OKU kena sepak kepala, MB Pas ini pula sembang pasal kelapa

Â