Terjawab kenapa tak nampak kelibat PMX di majlis angkat sumpah Donald Trump

Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab pertikaian ramai mengenai kenapa ketua negara Malaysia tidak dijemput pada majlis angkat sumpah Donald Trump sebagai presiden baharu AS.

Mohamed Nazri berkata, majlis angkat sumpah Donald Trump sememangnya hanya diwakili oleh duta sahaja dan bukan pemimpin utama mana-mana negara.

Menurutnta, White House hanya mengundang pemimpin China ke majlis itu dan negara tersebut hanya menghantar Naib Presidennya.

Memetik Astro AWANI,  jemputan untuk menghadiri majlis angkat sumpah tersebut disampaikan oleh kerajaan AS kepada semua pejabat kedutaan baru-baru ini, dan ianya tidak boleh dipindah milik.

“Seperti masa lalu, Ketua Perwakilan yang diiktiraf ke Amerika Syarikat, bersama pasangan mereka, akan mewakili ketua negara masing-masing dan kerajaan mereka.

“Jemputan ini tidak boleh dipindah milik,” kata jemputan tersebut yang dikongsi Nazri kepada portal tersebut.

Kenyataan yang dibuat Mohamed Nazri sekali gus menjawab tohmahan beberapa pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim ke upacara tersebut.

Mohamed Nazri hadir ke majlis tersebut mewakili kerajaan Malaysia dengan mengenakan sepasang baju Melayu hitam dan bersongkok.

Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada Isnin, menandakan perubahan besar dalam pentadbiran AS yang dijangka memberi kesan mendalam kepada masyarakat Amerika dan dunia.

Dalam ucapan sulungnya, Trump berikrar untuk “meletakkan Amerika di tempat pertama” semasa menandakan babak baharu untuk negara itu

BACA JUGA Pesan untuk Ku Li, kalau gigi taring sudah tiada jangan sengih tunjuk gusi