Ebit Lew menang saman, wanita Indonesia diperintah bayar RM20,000

Pendakwah Ebit Lew, 40, mengumumkan beliau menang saman fitnah terhadap Mondy Tattoo, 24, dan wanita Indonesia berkenaan diarah membayar RM20,000 kepadanya sebagai ganti rugi.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesysn Shah Alam selepas meneliti dan mendengar hujan Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit selaku plaintif.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya,” kata Ebit menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Dalam masa sama, Ebit yang sebelum ini sohor dengan kerja amal memberitahu samannya terhadap Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli yang menyiarkan audio siar berkaitan dakwaan terbabit akan berlangsung pada Mei ini.

Mondy atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda pada 2023, membuat laporan polis berhubung gangguan seksual yang kononnya dilakukan oleh Ebit.

Ebit juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.

Pada 6 Jun tahun lalu, Ebit dilaporkan tidak akan didakwa atas tuduhan merogol Mondy selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes itu.

Seterusnya, pada 26 September 2023, Ebit memfailkan saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan.

BACA JUGA Kontroversi lagu China: UM dah minta penganjur turut mainkan lagu Negaraku

Â